Jumat, 06 September 2013

WANITA PALING PERTAMA YANG MEMASUKI SYURGA

♥♥ Suatu hari puteri Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam Fatimah Az Zahra radhiallahu 'anha bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. 

Siapakah wanita pertama yang memasuki syurga setelah para “Ummahatul mukminin, "Setelah para isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam...

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

Dialah MUTIAH.


Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat ta'at kepada ajaran Islam, dan sifat-sifatnya sama seperti ayahnya yakni Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam.

Pada suatu hari ketika Rasullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anandaku, ada seorang wanita dari kalangan orang (orang biasa) yang pertama akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu.

Mendengar pembicaraan ayahandanya itu, maka berubahlah raut wajahnya lantas ia menangis dan berkata,

Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? seperti apa halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada ananda? Ayahanda, katakanlah di mana dia sekarang?

Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 kilo meter dari Madinah.

Tanpa membuang waktu, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya.

Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke rumahnya tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah.

Siti Fatimah berkata,

Saya datang ke mari karena hendak berjumpa dan berkenalan dengan ukhty;

Perempuan itu menjawab, “Terima kasih saudariku, tetapi saya belum bisa mengizinkan masuk karena suami saya tidak ada di rumah; Nanti saya minta izin apabila dia telah pulang, silahkan datang besok hari.

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang karena tidak dapat masuk dan bercakap -cakap panjang dengan perempuan tersebut.

Keesokan harinya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan.

Setelah tiba di depan pintu rumah perempuan tersebut lalu dipersilahkan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada anak bersama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa? "Siti Fatimah menjawab, “Ini anak saya, Hasan,

Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita karena saya belum meminta izin pada suami saya untuk anak ini masuk ke rumah,

Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun pulang kembali ke rumahnya.

Besoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua anaknya yaitu Hasan dan Husain.

Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang anak lagi yang belum dimintain izin kepada suaminya untuk masuk ke dalam rumah.

Siti Fatimah tersipu malu, lalu dia pulang dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata,

Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya.

Padahal jika dia membenarkan aku masuk, suaminya tidak akan marah.

Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua anak ni cucu siapa, pandanglah kepada tamu dan orang jauh "sudahlah” bisik hatinya sambil menangis terisak-isak.

Setelah sang suami perempuan itu pulang lalau memberitahu perihal anak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah.

Suaminya yang terkejut dan heran ," lantas dia berkata,

Kenapa isteriku engkau sampai segitunya? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan dua orang anaknya itu cucu baginda?

Lebih daripada itu pun saya benarkan karena keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keridhoan Rasulullah,

Jangan engkau buat seperti itu lagi, jika dia membawa siapapun, terimalah mereka dengan baik dan hormatilah mereka semua.

Isterinya menjawab, “Baiklah suamiku, tetapi maafkanlah kesalahanku karena aku mengerti bahawa keselamatan diriku ini bergantung pada keridhoan gerangan suamiku.

Oleh karena itu aku tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati suami. “Terima Kasih isteriku” jawab suaminya.

Pada hari berikutnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya.

Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memula perbincangan.

Ketika itu, perempuan tersebut berjalan ke arah dekat pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tidak berapa memperdulikan Siti Fatimah,

Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu memegang sebatang tongkat dan sebuah gelas berisi air, manakala tangan yang sebelah lagi mengangkat ujung kain sehingga menampakan betis dan pahanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya,

Mengapa jadi begini?”

 Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya karena saya sedang menantikan kepulangan suami saya,

 Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah.

 Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga jika nanti dia pulang, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tidak terlambat.

 Jika terlambat nanti dia aku takut dia kecewa.

 Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula dengan tongkat itu?”

 Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya ada kecewa, supaya dia memukul saya dengan tongkat ini.

 Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula membuka kain sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?

 Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkenan, lalu dia memandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya.

 Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan heran lalu dia berkata,

 Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutinya.

 Pantaslah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain.

 Ternyata benarlah bahwa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung kepada ketaatan dan keridhaan suami terhadapnya.

 Sambil terisak-isak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam lalu berkata “Ananda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi karena tidak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu.

 Sebaik sahaja Rasulullah mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Ananda, janganlah susah hati, perempuan yang ananda jumpai itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan ananda tatkala masuk ke syurga.

 Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu.

 Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum.

 Dari kisah yang diceritakan di atas, dapat kita lihat bahwa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah sangat penting dalam institusi rumah tangga.

 Oleh karena itu kepada semua wanita yang bergelar isteri, sahutlah seruan cerita ini, taatlah serta berbuat baiklah kepada suami masing-masing, niscaya akan diridhai oleh suami anda.

 Pikirkanlah sejenak, di mana kedudukan anda sekarang di sisi Allah karena keridhoan Allah adalah keridhoaan suami anda.

 Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka.

 Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.

 Semoga bermanfa'at, aamiin.

Tidak ada komentar:

Hukum “Pedekate” dengan Facebook dan Alat Komunikasi / sosmed Lainnya

Assalamualaikum wr.wb. Berikut ini adalah salah satu hasil bahtsul masail diniyyah atau pembahasan masalah keagamaan oleh Forum Musyawarah P...