Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian
termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya
sekadar pakaian atau gaya hiasan. Apabila seorang wanita masih bertahan
dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih
halus.
Bagaimanakah caranya?
Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan
kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka
bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa,
kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki
melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"
Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan
untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi
lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu
terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian
terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah!
Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan
dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah
fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya
dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka
tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan
pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza,
agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan
datang lagi. "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk,
kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha?
Dengan itu kamu lebih selesa."
Lalu dicubalah idea baru itu,
dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut
atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau
menaiki kenderaan.
Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan
melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power". Tujuannya adalah
agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa!
Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan
lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan
sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."
Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian.
Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah
lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut
yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu
suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa,
maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak
skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah,
hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru
cari fesyen yang di atas paras lutut"
Benar-benar bisikan
syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia
memakai pakaian terdedah. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak
bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah,
jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu
hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang
terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti
sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam
renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja
yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah,
syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji
palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi
sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...
*Peringatan Buat Wanita...
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Hukum “Pedekate” dengan Facebook dan Alat Komunikasi / sosmed Lainnya
Assalamualaikum wr.wb. Berikut ini adalah salah satu hasil bahtsul masail diniyyah atau pembahasan masalah keagamaan oleh Forum Musyawarah P...
-
Assalamualaikum wr.wb. Berikut ini adalah salah satu hasil bahtsul masail diniyyah atau pembahasan masalah keagamaan oleh Forum Musyawarah P...
-
Pondok berusia tua yang didirikan oleh KH. Ali Imron beratus-ratus tahun yang lampau ini memang tergolong cukup antik dan aneh (kontroversia...
-
Pada suatu malam Budi, seorang eksekutif sukses, seperti biasanya sibuk memperhatikan berkas-berkas pekerjaan kantor yang dibawanya p...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar